Bahasa melayu / Malaysian

Memperkenalkan VLA (Victoria Legal Aid – Bantuan Guaman Victoria)
VLA introduction

Kami boleh memberi anda bantuan guaman berkait dengan soal-soal jenayah, perpecahan rumah tangga, kekerasan rumah tangga, bantuan untuk kanak-kanak, imigrasi, keselamatan sosial, kesihatan mental, hutang dan kesalahan lalu lintas.

Perkhidmatan guaman percuma kami adalah termasuk:

  • maklumat melalui telefon
  • sumber, seminar dan bengkel
  • nasihat melalui janji temu.

Jika anda inginkan bantuan seorang peguam secara berpanjangan anda boleh memohon untuk mendapatkan bantuan wang untuk bantuan guaman. Samada anda diberi bantuan wang itu adalah bergantung kepada kedudukan anda.

Menghubungi kami
Contact us

Hubungi kami melalui telefon untuk tahu bagaimana kami boleh membantu anda. Apabila anda membuat panggilan, minta bantuan seorang penterjemah dan beritahu kami bahasa yang anda gunakan.

Buka Isnin hingga Jumaat, 8.45 pagi – 5.15 petang
Telefon (03) 9269 0120
Panggilan dari luar bandar 1800 677 402

Jika anda sudah membuat janji temu di sebuah pejabat VLA, anda boleh minta kami sediakan seorang penterjemah untuk anda. Perkhidmatan ini adalah percuma.