Victoria Legal Aid

Malay/Bahasa Malaysia

Malay/Bahasa Malaysia – Bagaimana kami boleh membantu dalam masalah yang membabitkan undang-undang.

Bagaimana kami boleh membantu dalam masalah yang melibatkan undang-undang

Maklumat ini dihasilkan di Tanah Wurundjeri.

Maklumat ini dikemaskini pada Januari 2022.

Masalah yang melibatkan undang-undang boleh menyebabkan anda rasa tertekan, risau, sedih atau marah. Kami faham anda mungkin berperasaan sebegini semasa anda menghubungi kami. Kami dapat membantu anda dalam masalah yang melibatkan undang-undang.

Bagaimana anda boleh memberitahu kami tentang masalah undang-undang anda

Terdapat tiga cara untuk anda memberitahu kami tentang masalah undang-undang yang anda hadapi. Anda boleh:

  • Telefon Legal Help di talian 1300 792 387
  • Menulis kepada kami secara atas talian melalui sembang sesawang (webchat)
  • Hadir ke mana-mana pejabat kami.

Sebagai persediaan, kumpulkan semua dokumen yang berkaitan dengan masalah undang undang. Dokumen tersebut mungkin dalam bentuk saman atau surat ataupun emel dari mahkamah, peguam atau polis.

1. Telefon Legal Help

Anda boleh menelefon Legal Help di talian 1300 792 387.

Waktu perkhidmatan Legal Help, Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 6 petang. Tutup pada cuti umum.

Kos panggilan telefon adalah sama seperti panggilan tempatan.

Semua orang dialu-alukan untuk menelefon Legal Help.

Jika anda membuat panggilan ke Legal Help, anda mungkin perlu menunggu di talian. Sekiranya boleh, buatlah panggilan pada sebelah pagi.

Hubungi kami melalui sembang sesawang (webchat) kami, cara ini mungkin lebih pantas.

Bolehkah saya bercakap dalam bahasa saya?

Pegawai kami boleh bertutur dalam berbagai bahasa. Jika kami tidak dapat bertutur dalam bahasa anda, kami akan menyediakan seorang jurubahasa semasa anda membuat panggilan.

Pastikan sama ada kami boleh bertutur dalam bahasa andaExternal Link .

Bolehkah orang lain membuat panggilan bagi pihak saya?

Ya. Seorang petugas atau pembantu yang anda percayai boleh membuat panggilan kepada kami. Adalah lebih baik sekiranya anda berada bersama-sama dengan petugas atau pembantu tersebut semasa membuat panggilan. Sila ikut panduan yang diberikan di dalam menu talian telefon.

Bolehkah saya menggunakan Khidmat Penyampaian Nasional?

Ya. Terdapat beberapa pilihan seperti berikut:

Anda perlu mendaftar dengan Khidmat Penyampaian Nasional sebelum menggunakannya.

2. Hubungi kami melalui sembang sesawang (Bahasa Inggeris sahaja)

Gunakan sembang sesawang (webchat) kami yang dinamakanLegal Help Chat, untuk menghantar mesej kepada petugas kami berkenaan masalah undang undang yang anda hadapi. Petugas kami akan menjawab persoalan anda. Mereka mungkin akan meminta anda membuat panggilan ke Legal Help sekiranya anda memerlukan bantuan lebih lanjut.

3. Lawati kami

Anda boleh datang ke pejabat kami. Kami mempunyai pejabat-pejabat di Melbourne dan kawasan serantau Victoria. Lihat di mana pejabat-pejabat kami.

Anda perlu membuat temujanji untuk berjumpa dengan seorang peguam.

Pejabat-pejabat kami mempunyai laluan kerusi roda (tanjakan) atau lif dan perkhidmatan mesra haiwan.

Apa yang berlaku apabila anda menghubungi kami

Kami akan tanya soalan. Ini dapat membantu kami mengenalpasti bantuan apa yang boleh kami berikan kepada anda.

Segala-gala yang anda maklumkan kepada kami adalah sulit. Kami tidak akan memberitahu sesiapapun apa yang anda maklumkan tanpa kebenaran anda.

Kami boleh membantu anda dalam pelbagai masalah undang-undang. Sekiranya kami tidak dapat menjawab soalan anda, kami akan memberi maklumat supaya anda dapat berhubung dengan pihak tertentu yang boleh membantu anda seperti pusat khidmat guaman komuniti atau peguam swasta.

Bagaimana kami boleh membantu

Maklumat dan nasihat perundangan

Kami boleh menerangkan kepada anda mengenai undang-undang dan pilihan-pilihan anda.

Kami juga mungkin boleh:

  • menghantar maklumat kepada anda
  • bercakap dengan anda sebelum ke mahkamah
  • menghubungkan anda dengan lain-lain perkhidmatan dan sokongan
  • menulis surat
  • bercakap bagi pihak anda di mahkamah.

Ini bergantung kepada:

  • masalah undang-undang yang anda hadapi
  • keadaan kewangan anda.

Kami mungkin boleh memberi anda lebih bantuan sekiranya anda:

  • menghadapi kesukaran berbahasa Inggeris
  • mempunyai kecacatan atau isu kesihatan mental
  • merupakan Orang Asli (Aboriginal) dan / atau warga Pulau Torres Strait.

Kami boleh mengatur bantuan sokongan untuk anda berkomunikasi dengan kami, misalnya khidmat jurubahasa atau Khidmat Penyampaian Nasional.

Kami boleh berkomunikasai dengan anda melalui kaedah yang anda fikir dapat membantu anda.

Beritahu kami bagaimana anda mahu kami menyampaikan maklumat kepada anda.

Duty Lawyer

Duty lawyer kami bertugas di mahkamah-mahkamah serata Victoria. Mereka memberikan bantuan bagi sesetengah masalah perundangan. Mereka mungkin boleh membantu anda pada hari anda menghadiri mahkamah sekiranya anda belum mempunyai peguam. Jika anda bakal ke mahkamah dan tidak mempunyai peguam, sila tanyakan di mahkamah sama ada anda boleh bercakap dengan seorang duty lawyer. Anda juga boleh bertanya berkenaan lain-lain khidmat yang boleh membantu anda.

Sekiranya anda akan hadir ke Mahkamah Majistret kerana pihak polis menyatakan bahawa anda telah melanggar undang-undang, anda mungkin boleh bercakap dengan seorang duty lawyer (peguam yang bertugas) sebelum menghadiri mahkamah. Dapatkan maklumat lanjut berkenaan Help Before Court Services.

Jika anda bakal hadir ke Mahkamah Keluarga, anda boleh menghubungi Family Advocacy and Support Services sebelum menghadiri mahkamah.

Lain-lain sokongan

Kami juga boleh menawarkan lain-lain sokongan bagi masalah perundangan anda.

Independent Mental Health AdvocacyExternal Link kami boleh membantu anda sekiranya anda diwajibkan menerima rawatan kesihatan mental.

Independent Family Advocacy Support kami boleh menyokong ibubapa dan penjaga utama kanak-kanak pada peringkat awal sistem perlindungan kanak-kanak.

Jika anda dan pasangan anda sedang dalam proses perpisahan, Family Dispute Resolution Services boleh membantu anda mencapai persetujuan. Misalnya, siapa yang akan menjaga anak-anak.

Carian selanjutnya untuk maklumat berkenaan masalah perundangan anda

Laman sesawang kami mempunyai banyak maklumat berkenaan pelbagai masalah perundangan.

Anda boleh mengezum dekat (zoom in) atau menggunakan pembaca skrin di laman sesawang tersebut.

Adakah anda mempunyai maklumat dalam bentuk yang mudah dibaca atau dalam bahasa saya?

Kami ada buku-buku kecil (booklet) percuma berkenaan beberapa topik undang-undang dalam pelbagai bahasa dan mudah dibaca.

Anda boleh mendapatkan booklet kami di laman katalogExternal Link .

Anda boleh menggunakan pembaca skrin untuk membaca penerbitan kami.

Pengiktirafan

Kumpulan-kumpulan Shared Experience and Support serta Speaking from Experience kami telah membantu dalam penyediaan laman ini.

Disclaimer: The material in this print-out relates to the law as it applies in the state of Victoria. It is intended as a general guide only. Readers should not act on the basis of any material in this print-out without getting legal advice about their own particular situations. Victoria Legal Aid disclaims any liability howsoever caused to any person in respect of any action taken in reliance on the contents of the publication.

We help Victorians with their legal problems and represent those who need it most. Find legal answers, chat with us online, or call us. You can speak to us in English or ask for an interpreter. You can also find more legal information at www.legalaid.vic.gov.au

Reviewed 20 May 2022

In this section